Afiya By Siti Nurhaliza mempersembahkan Floresque
Series buat pertama kalinya.
Koleksi istimewa ini direka khas dengan motif bunga yang melambangkan kelembutan, ketenangan, dan keanggunan seorang wanita. Setiap helaian mencerminkan keindahan serta pesona yang hadir dalam kesederhanaan.
Menggunakan material premium chiffon yang lembut, ringan, dan mudah dibentuk, Floresque Series hadir dalam bidang 45, sesuai untuk digayakan dalam apa jua suasana.
Dihadirkan dalam 5 pilihan corak menawan, setiap corak dipilih dengan teliti bagi menyerlahkan keayuan dan keserian pemakai.
Afiya Sisters berpeluang menjadi antara yang pertama memiliki Floresque Series pada harga RM69 sahaja!